M

ajlis Jamuan Aidilfitri Peringkat PKP Kuala Perlis telah diadakan di Dewan SK Seberang Ramai pada hari Jumaat, 29 Jun 2018.

Program yang diadakan pada setiap tahun ini melibatkan seluruh warga pendidik serta staf yang berkhidmat dalam PKP Kuala Perlis.

Timbalan Pengarah Jab. Pendidikan Negeri Perlis, En. Azman Ghazali telah hadir merasmikan majlis pada kali ini.

Aneka juadah Aidilfitri telah disediakan oleh sekolah-sekolah yang terlibat, antaranya ketupat, laksa, bihun sup dan roti jala.