M

ajlis Jamuan Aidilfitri Peringkat SK Kuala Perlis 2018 telah berlangsung dalam suasana penuh warna-warni serta meriah. Seluruh warga SK Kuala Perlis hadir ke sekolah berpakaian baju raya di samping membawa bersama aneka kuih raya.

Acara sambutan diadakan di dataran perhimpunan sekolah, dimulakan dengan acara perasmian, gimik perasmian dan pertandingan fesyen melibatkan murid-murid tahap 1.

Turut diadakan slot persembahan yang disertai murid dan guru serta jamuan aidilfitri.