0

Karnival Kokurikulum Berlangsung Meriah

Share

Meskipun diadakan pada hari Sabtu, hari Karnival Kokurikulum SK Kuala Perlis tetap berlangsung dengan penuh meriah. Cuti hujung minggu tidak menjadi penghalang kepada para pengunjung khususnya murid-murid SKKPs untuk turut sama hadir.

Buktinya, aktiviti-aktiviti yang diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya Kejohanan Bola Sepak CaptCola Cup U8 yang berlangsung di CaptCola Grand Field.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berlangsungnya hari karnival kokurikulum pada kali ini.