S

ebagai pengiktirafan kepada kejayaan yang telah diraih oleh para pelajar, khasnya dalam bidang akademik, SK Kuala Perlis telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2017 pada 21 November 2017, bertempat di Dewan Terbuka SK Kuala Perlis.

Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, YB Tn. Hj. Mat bin Hassan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan peri pentingnya aspek pendidikan kepada anak-anak serta peranan yang seharusnya dimainkan oleh masyarakat dalam membantu pihak sekolah.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak memandang rendah kepada gejala ponteng sekolah yang menurutnya, menyumbang kepada pelbagai masalah, bukan sahaja terhadap individu terbabit malahan masyarakat.

Untuk tahun ini, lebih 100 orang murid telah terpilih menerima anugerah daripada 12 kategori anugerah yang disediakan, merangkumi anugerah kecemerlangan akademik, kehadiran penuh, NILAM, mata pelajaran terbaik dan anugerah khas.

Selain acara penyampaian anugerah, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan para pelajar SKKPs.