0

Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Share

Satu perhimpunan khas sempena Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Murid di Institusi Pendidikan di bawah KPM telah diadakan pada Isnin, 21 April bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.

Majlis yang diadakan serentak di seluruh negara ini dirasmikan oleh guru besar, Cikgu Mazlan Abu Bakar. Turut hadir, YDP PIBG, En. Anuar Abidin dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Sarjan Thilips a/l Yanapuragasam.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bermula 21 April 2025, semua murid di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diwajibkan memakai lencana Jalur Gemilang yang dibekalkan secara percuma, pada pakaian seragam masing-masing.

Setiap murid mendapat dua keping lencana yang mesti dipakai pada bahagian dada sebelah kanan pada setiap hari persekolahan.


Anda juga boleh lawati laman Facebook sekolah untuk informasi terkini berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.