0

Pelancaran Bulan Sukan dan Kokurikulum Berlangsung Meriah

Share

Majlis Pelancaran Bulan Sukan dan Kokurikulum SK Kuala Perlis telah berlangsung dalam suasana penuh meriah pada 16 April yang lalu. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) JPN Perlis, Hj. Che Rasaidi Che Yob.

Pelbagai aktivti telah diadakan pada majlis yang berlangsung di Dewan Cikgu Bahatin itu. Antara aktiviti yang mencuri tumpuan ialah sesi pelancaran jersi rumah sukan baharu yang diadakan secara ala-pertunjukan fesyen.