Subscribe Now
Trending News

Blog Post

MURID SK KUALA PERLIS TERPILIH TERIMA PROMAK
Berita

MURID SK KUALA PERLIS TERPILIH TERIMA PROMAK 

Kesemua murid Tahap 1 dan 2 SK Kuala Perlis terpilih menerima makanan tengah hari percuma di bawah Program Makanan Kesihatan (PROMAK) peringkat sekolah-sekolah rendah negeri Perlis yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Program PROMAK yang bermula sejak Januari lalu merupakan inisiatif bersama Kumpulan Bernas melalui Padiberas Nasional Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid sekolah rendah di seluruh negara.

Melalui program tersebut, bekalan set makanan tengah hari yang lengkap disediakan buat semua murid sebaik sahaja mereka selesai menjalani sesi pembelajaran di sekolah masing-masing.

Majlis pelancaran telah dibuat pada 15 Ogos lalu di D’Cola Cafe, SK Kuala Perlis dengan dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen bin Othman serta wakil daripada BERNAS dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Untuk rekod, SK Kuala Perlis merupakan antara sekolah yang terpilih daripada 13 buah sekolah rendah di negeri ini, menerima PROMAK.

Related posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WordPress Theme built by Shufflehound. Portal Rasmi SK Kuala Perlis © Copyright 2022, All Rights Reserved