PEMBATALAN AKTIVITI 1M1S 20 MAC 2019
Perhatian kepada semua ibu bapa dan murid, adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Aktiviti 1Murid 1Sukan (1M1S) bagi murid-murid tahap 2 SK Kuala Perlis pada minggu ini dibatalkan.
MERENTAS DESA MSSM: AINUR NAFISHA RAIH TEMPAT KE-14
Murid Tahun 6 SK Kuala Perlis, Ainur Nafisha sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila berjaya mendapat tempat ke-14 daripada seramai 90 orang peserta yang bertanding dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSM.
PELAKSANAAN 1M1S SECARA DALAM BILIK DARJAH
Selaras dengan saranan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan berhubung isu aktiviti luar darjah ketika cuaca panas, pihak sekolah telah membuat sedikit pindaan terhadap pelaksanaan aktiviti 1Murid 1Sukan bermula minggu ini.
SKKPs RAIH KETIGA BOLA JARING MSSPs
Pasukan bola jaring SK Kuala Perlis berjaya muncul pemenang tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi, Kangar pada 5 Mac yang lalu.
SK KUALA PERLIS JOHAN OLAHRAGA PKP
Untuk tahun kedua berturut-turut, kontinjen SK Kuala Perlis telah muncul sebagai JOHAN dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKP Kuala Perlis bagi tahun 2019, yang berlangsung pada 20 hingga 21 Februari yang lalu, di Mini Stadium SMK Syed Hassan, Kangar.
SKKPs RAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MSSPs
Pasukan Sepak Takraw SK Kuala Perlis yang mewakili PKP Kuala Perlis berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung pada 14 Februari yang lalu.
BOLA BALING MSSPs: SK KUALA PERLIS RAIH TEMPAT KETIGA
Pasukan Bola Baling Perempuan SK Kuala Perlis telah muncul pemenang tempat ketiga bersama dalam Kejohanan Bola Baling MSSPs yang berlangsung di SMK Syed Saffi, Simpang Empat, pada 30 hingga 31 Januari yang lalu.

