KEMERIAHAN HARI KOKURIKULUM 2019
Hari Kokurikulum SK Kuala Perlis 2019 telah diadakan pada 14 Oktober lalu. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan pada program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 itu.
Hari Kokurikulum SK Kuala Perlis 2019 telah diadakan pada 14 Oktober lalu. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan pada program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 itu.
Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah diberikan kepercayaan menjadi tuan sempena program Pelancaran Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat JPN Perlis yang telah berlangsung pada 11 Oktober lalu.
Buat tahun kedua berturut-turut pasukan bola sepak SK Kuala Perlis telah berjaya menjadi johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Piala Yayasan Bank Rakyat yang telah berlangsung pada 19 dan 20 September lalu.
Perkhemahan Badan Beruniform SK Kuala Perlis telah diadakan pada 23 dan 24 Ogos yang lalu. Perkhemahan ini telah disertai oleh murid-murid tahun 4 dan 5 yang telah terpilih mewakili badan beruniform masing-masing.
Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mengelolakan Kejohanan Bola Sepak MSSPs Bawah 12 Tahun 2019 yang berlangsung pada 24 hingga 27 Jun yang lalu.
Murid Tahun 6 SK Kuala Perlis, Ainur Nafisha sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila berjaya mendapat tempat ke-14 daripada seramai 90 orang peserta yang bertanding dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSM.
Pasukan bola jaring SK Kuala Perlis berjaya muncul pemenang tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi, Kangar pada 5 Mac yang lalu.
Untuk tahun kedua berturut-turut, kontinjen SK Kuala Perlis telah muncul sebagai JOHAN dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKP Kuala Perlis bagi tahun 2019, yang berlangsung pada 20 hingga 21 Februari yang lalu, di Mini Stadium SMK Syed Hassan, Kangar.