SANAH HELWAH TUAN GURU BESAR
Satu majlis khas telah diadakan bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis pada 22 Februari 2019, bagi meraikan ulangtahun kelahiran tuan guru besar, En. Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah.
Satu majlis khas telah diadakan bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis pada 22 Februari 2019, bagi meraikan ulangtahun kelahiran tuan guru besar, En. Shamsul Ariffin bin Mohd. Diah.
Bersempena dengan pelancaran serentak di seluruh negara, SK Kuala Perlis turut mengadakan pelancaran Program Jom Ke Sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kuala Perlis, pada hari Isnin 18 Februari 2019.
Pasukan Sepak Takraw SK Kuala Perlis yang mewakili PKP Kuala Perlis berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung pada 14 Februari yang lalu.
Pasukan Bola Baling Perempuan SK Kuala Perlis telah muncul pemenang tempat ketiga bersama dalam Kejohanan Bola Baling MSSPs yang berlangsung di SMK Syed Saffi, Simpang Empat, pada 30 hingga 31 Januari yang lalu.
Majlis Persaraan Puan Muzirah Ismail telah diadakan pada hari Jumaat 1 Februari 2019 bertempat di Dewan Terbuka SK Kuala Perlis.
Komitmen yang tinggi serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para atlet dan guru sekali lagi membuahkan hasil apabila pasukan merentas desa SK Kuala Perlis telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSPs yang berlangsung pada 26 Januari yang lalu.
Kejohanan Sukantara SK Kuala Perlis 2019 telah berlangsung penuh meriah pada hari Jumaat, 25 Januari 2019, bertempat di padang sekolah.
Pasukan Sepak Takraw SK Kuala Perlis membuka tirai kemenangan tahun 2019 apabila muncul sebagai johan dalam Kejohanan Sepak Takraw PKP Kuala Perlis 2019 yang berlangsung di Dewan SK Seberang Ramai, Kuala Perlis.