Bersempena dengan Program Ihya Ramadan 2026 Kelab Guru Sekolah (KGS) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kuala Perlis telah menganjurkan Program Iftar Jamaie dan Solat Tarawih Berjemaah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.
Program yang berlangsung pada Selasa 10 Mac itu bermula dengan slot tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Zahidi diikuti dengan acara berbuka puasa (juadah ringan) dan Solat Maghrib berjemaah di Dewan Cikgu Bahatin.
Sejurus selesai sesi jamuan, para hadirin menunaikan Solat Isyak serta Tarawih secara berjemaah di Dewan Cikgu Bahatin.











Selain para guru yang merupakan ahli KGS, staf sekolah dan AKP serta para penghuni asrama desa SK Kuala Perlis turut menghadiri program ini.

