0

Kejohanan Merentas Desa MSSPs Milik SKKPs

Share

Pasukan merentas desa Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis sekali lagi membuktikan penguasaan mereka apabila muncul johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSPs 2026 yang berlangsung di FELCRA Lubuk Sireh, pada 14 Februari lalu.

Dengan misi mengekalkan kejuaraan yang disandang, dua orang atlet di bawah bimbingan Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Mohd Mirzanil Hashim telah muncul johan Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Johan Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

Cikgu Mirzanil yang ditemui berkata, beliau amat berbangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh anak buahnya.

kredit gambar: Laman FB Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis

“Kejayaan gemilang ini membuktikan kesungguhan, disiplin tinggi, semangat juang serta pengorbanan yang luar biasa sepanjang latihan dan pertandingan dan anda semua telah mengharumkan nama sekolah dengan penuh kebanggaan.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa atas sokongan padu, dorongan berterusan serta kepercayaan yang diberikan bahkan kejayaan pada hari ini tidak akan muncul jika tiada sokongan dari ibubapa sekalian,” katanya.