0

Terapi Layang-layang dan Roket Kertas PPKI

Share

PPKI SK Kuala Perlis telah mengadakan Program Terapi Layang- Layang dan Roket Kertas PPKI yang pada 28 Januari lalu. Program berkenaan berlangsung selama 4 jam bermula jam 8.00 pagi dan diadakan dalam empat sesi.

Sesi pertama dan kedua diadakan di CCFC Grandfield manakala dua sesi berikutnya bertempat di Dewan Cikgu Bahatin dengan penglibatan semua murid PPKI. Menerusi program ini, murid-murid PPKI diajar cara-cara menerbangkan layang-layang serta menghasilkan roket kertas.