0

SK Kuala Perlis Akan Anjur Hari Kokurikulum

Share

SK Kuala Perlis akan menganjurkan Hari Karnival Kokurikulum 2025 selama sehari yang akan diadakan pada hari Sabtu 27 September nanti.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk para pengunjung, antaranya permainan Soopa Doopa, LED Car, pertandingan game online dan aerobik terbuka.

Turut diadakan ialah aktiviti ‘Fun With STEM’ dengan kerjasama UniMAP, pertandingan smoothie berkhasiat dan pertandingan poster digital Canva.

Namun, acara yang dijangka menjadi tumpuan adalah kejohanan CaptCola Cup U8 (school-based) yang melibatkan penyertaan pasukan-pasukan bola sepak bawah 8 tahun dari seluruh negeri Perlis.