0

SKKPs Tuan Rumah Debate Sekolah Rendah

Share

Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Pertandingan Koakademik MBMMBI Debate Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2026 yang berlangsung selama 2 hari bermula 23 Jun.

Pertandingan edisi sulung ini menyaksikan sebanyak 10 buah pasukan telah mengambil bahagian. Mereka terdiri daripada pasukan yang mewakili SK Sena, SK Seri Indera, SK Seberang Ramai, SK Guar Nangka dan SJK(C) Khoon Aik.

Selain itu, lima lagi pasukan yang menyertai pertandingan debat dalam Bahasa Inggeris ini ialah SK Tengku Budriah, SK Pauh, Sekolah Rendah Islam (SRI) II, SJK(C) Hwa Aik dan SK Guar Jentik.

Sepanjang dua hari pertandingan berlangsung, semua pasukan bertanding berjaya mengetengahkan para peserta yang mampu berdebat dalam Bahasa Inggeris dengan baik, malah sebahagiannya berjaya memukau perhatian para juri.

Johan pertandingan dimenangi oleh pasukan debat daripada SK Sena manakala pasukan daripada SK Seri Indera pula muncul naib johan.