Guru Penyelaras ICT SK Kuala Perlis, Cikgu Mohd. Ruslin Bakar telah berjaya meraih Naib Johan Anugerah Penghasilan Video Pendidikan Kategori Sekolah Rendah, sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung pada 30 Oktober yang lalu.

Beliau bersama-sama sekumpulan guru telah menghasilkan klip video berkonsepkan montaj hari raya SK Kuala Perlis yang boleh ditonton di bawah.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai.