P

asukan Sepak Takraw SK Kuala Perlis yang mewakili PKP Kuala Perlis berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSPs yang berlangsung pada 14 Februari yang lalu.

Pasukan bimbingan Ustaz Zannuri Othman ini telah memberikan saingan sengit sebelum tunduk kepada pasukan daripada PKP Paya dengan keputusan 2-1.

Terdahulu, dalam kejohanan peringkat PKP yang berlangsung pada bulan Januari yang lalu, pasukan SK Kuala Perlis telah muncul sebagai johan kejohanan.