U

ntuk makluman semua murid dan waris, pihak sekolah telah menyediakan jadual pembelajaran dari rumah untuk diikuti oleh murid selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya proses pengajaran dan pembelajaran tetap berlaku secara optimum dari rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Sehubungan dengan itu, jadual berkenaan dilampirkan menerusi portal ini untuk dimuat turun oleh murid/waris. Pihak sekolah juga memohon kerjasama semua waris agar dapat memastikan para murid dapat mematuhi jadual yang telah disediakan. 

Pihak sekolah juga akan menyediakan modul bercetak bagi memastikan proses pembelajaran dari rumah dapat berjalan dengan lebih berkesan. 

Harap maklum dan terima kasih.