HARI ANUGERAH CEMERLANG SKKPs BERLANGSUNG MERIAH
Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan yang telah diraih oleh para pelajar, khasnya dalam bidang akademik, SK Kuala Perlis telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2017 pada 21 November 2017, bertempat di Dewan Terbuka SK Kuala Perlis.
SK KUALA PERLIS JUARAI BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN
Pasukan Bola Sepak Bawah 11 Tahun SK Kuala Perlis di bawah bimbingan Cikgu Mirzanil, telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Sempena Hari Kokurikulum SK Seberang Ramai
PESERTA SK KUALA PERLIS RAIH TEMPAT KEEMPAT
Empat orang murid SK Kuala Perlis iaitu Wardina Shafika bt. Darus (6U), Nur Shakila bt. Shahnan (6U), Muhammad Yani Syakiruddin b Yaakob (6U) dan Muhammad Amirul b Abd Rahman telah mewakili sekolah dalam acara Pertandingan Kit Kereta Kreatif, Pemasangan Kit Kereta Lumba dan Pertandingan Jahitan.
ATLET SK KUALA PERLIS LAWAT UiTM
Seramai 40 orang atlet SK Kuala Perlis mengikuti lawatan ke Fakulti Sains Sukan dan Rekrasi UiTM Perlis pada 16 November 2017.
Cikgu Ruslin Raih Naib Johan Anugerah ICT
Guru Penyelaras ICT SK Kuala Perlis, Cikgu Mohd. Ruslin Bakar telah berjaya meraih Naib Johan Anugerah Penghasilan Video Pendidikan Kategori Sekolah Rendah, sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung pada 30 Oktober yang lalu.
ARAU RAINBOW FESTIVAL 2017
Pada 28 Oktober yang lalu, telah berlangsung acara larian Arau Rainbow Festival 2017, anjuran UiTM Perlis. Acara larian yang berlangsung di sekitar Arau itu telah disertai seramai empat orang murid SK Kuala Perlis.
PEMBERITAHUAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Kepada semua guru, murid dan ibubapa/waris, bersama-sama ini dilampirkan surat pemberitahuan jadual peperiksaan akhir tahun untuk makluman dan tindakan. Untuk memuat turun jadual, klik pada pautan...