0

Iftar Jamaie SK Kuala Perlis

Share

Majlis iftar jamaie SK Kuala Perlis telah diadakan pada hari Khamis, 20 Mac 2025 bersamaan 19 Ramadan 1446H. Majlis dianjurkan bersama oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) dan Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Perlis.

Majlis bermula dengan sesi tazkirah di Dewan Cikgu Bahatin, yang disampaikan oleh guru praktikum, Muhammad Afiq Azizi Ruslan. Menjelang waktu Maghrib, para hadirin yang terdiri daripada guru-guru dan staf serta anggota keluarga, dan murid-murid asrama menikmati juadah ringan berupa kurma dan kuih untuk berbuka puasa, sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Usai Maghrib, para hadirin menikmati juadah makan malam di CaptCola Cafe dan kemudiannya bergerak semula ke Dewan Cikgu Bahatin bagi menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat tarawih serta witir secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ajwad Mohd. Bakri.