Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan gejala ponteng tegar, Jawatankuasa Disiplin Sekolah serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kuala Perlis telah mengadakan program Ziarah Cakna yang menyasarkan murid-murid ponteng tegar.
Menerusi program ini, mereka yang terlibat akan diziarahi bagi mendapatkan penjelasan berhubung kegagalan mereka untuk hadir ke sekolah serta dinasihatkan agar dapat kembali hadir ke sekolah. Selain itu, surat amaran ketidakhadiran ke sekolah juga diserahkan kepada ibu bapa murid terbabit.
Guru besar, Cikgu Mazlan Abu Bakar dalam pada itu mengingatkan semua ibu bapa dan waris supaya sentiasa memastikan anak serta jagaan mereka hadir ke sekolah seperti yang ditetapkan.


“Sekiranya murid menghadapi kesukaran atau masalah (termasuk masalah kesihatan) untuk hadir, ibu bapa atau waris hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak atau jagaan mereka kepada guru kelas,” katanya.