Bersempena dengan kedatangan Ramadan 1446H, Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis telah mengadakan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan pada hari Isnin, 3 Mac 2025, bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.
Majlis berkenaan dianjurkan bersama oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab.
Ustaz Imtiyaz Mustaffa daripada Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, JPN Perlis hadir selaku perasmi majlis.
Selain itu, beliau turut diberi penghormatan melancarkan tabung Infak Ramadan serta menyampaikan ceramah bertajuk “Marhaban Ya Ramadan.”