0

Perkhemahan Badan Beruniform 2024

Share

SK Kuala Perlis telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah Tahun 2024 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, berakhir 1 Disember lalu.

Porgram kali ini telah diadakan di Kem Dato’ Ariffin Mohd. Nam (Pusat Kokurikulum JPN Perlis) di Tasoh, disertai seramai 58 orang murid tahap 2.

Sepanjang 3 hari perkhemahan berlangsung, para peserta telah berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik antaranya wall climbing, memanah, paintball, rentas halangan dan sebagainya.