PPKI SK Kuala Perlis baru-baru ini telah mengadakan program Iftar Jamaie PPKI 2024 bertempat di D’ Cola Cafe SK Kuala Perlis.
Program yang bermula pada jam 6.30 petang itu disertai oleh para guru, murid dan para waris.




Acara bermula dengan majlis berbuka puasa dengan buah tamar dan kuih-muih disusuli dengan Solat Maghrib berjemaah di Surau Al Firdaus. Selepas solat, mereka kembali ke D’Cola Cafe untuk menikmati makanan yang disediakan.