0

Hari Ko Kuala Perlis Cungkil Bakat Pemain Bola Sepak Cilik

Share

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Hari Ko SK Kuala Perlis berjaya mencungkil bakat pemain-pemail bola sepak cilik di negeri ini.

Hari Ko yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis selama tiga hari bermula semalam menampilkan 40 pasukan dari seluruh Negeri Perlis berentap dalam perlawanan bola sepak jalanan.

Menurut Guru Pengiring yang juga setiausaha sukan di SK Pauh Hawiezon Abd Hamid, perlawanan yang diadakan di sekolah-sekolah boleh mengasah dan mencungkil bakat para pelajar sekolah.

“Pihak kami juga bercadang mewujudkan Akademi Tunas SK Pauh pada masa hadapan kerana pelajar yang berbakat dalam bidang sukan bola sepak ini kebanyakan menyertai latihan di kelab di luar sekolah.

“Oleh itu, cadangan pada masa hadapan sekiranya tiada apa-apa halangan, kami di pihak sekolah ingin mewujudkan kelab bola yang aktif dengan latihan dan bimbingan buat para pelajar ini,” ujarnya di sini hari ini.

Katanya lagi, walaupun pelajar-pelajar sekolah rendah mempunyai fizikal yang kecil, namun ketangkasan dan sikap lasak mereka semasa perlawanan menunjukkan satu mekanisme baru perlu dilakukan untuk mengembangkan bakat-bakat mereka.

Menurut Aidil Tsawif, 7, beliau sangat berminat dengan sukan bola sepak dan kini menyertai AT Arau.

Hari Ko SK Kuala Perlis kali ini turut menampilkan kelainan dengan pameran dan pengalaman realiti maya (VR) bertujuan memberi pendedahan berkaitan penggunaan teknologi komputer dan persekitaran simulasi serta berinteraksi secara 3D kepada pelajar-pelajar sekolah.

Sumber: Portal Malaysiaaktif