0

Didik Hibur Bersama Skuad Ana Muslim

Share

Penerbit komik Ana Muslim, yang menerbitkan pelbagai produk bahan bacaan seperti novel kanak-kanak, buku cerita kanak-kanak, buku aktiviti & mewarna dan buku bacaan Islami telah mengadakan program bersama-sama dengan para murid SK Kuala Perlis.

Program yang diberi nama Program Skuad Ana Muslim itu diadakan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) Ibnu Sina, telah berlangsung pada 3 Oktober lalu bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya sesi pengenalan maskot Ana Muslim, penyampaian sumbangan buku terbitan Ana Muslim, pertandingan kuiz dan mewarna.