Satu bengkel Asas Artificial Intelligence (AI) in Education telah diadakan pada 5 Ogos lalu bertempat di Makmal Komputer SK Kuala Perlis. Bengkel kali pertama ini melibatkan para guru daripada Panitia Sains dan Matematik, RBT, Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan juga guru SSAS dan Matematik PPKI.
Para guru telah diajar tentang asas penggunaan AI bagi menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkesan untuk digunakan dalam aktiviti PdPC. Guru ICT, Cikgu Ruslin telah diberikan tanggungjawab menjadi penceramah dan fasilitator bengkel ini.