Bertempat di Kelas PPKI Tahun 6, telah diadakan program PLC Saringan Minda Sihat Murid PPKI pada 3 Ogos lalu. Program berkenaan dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kuala Perlis.
Objektif program terbahagi kepada tiga iaitu untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan minda murid PPKI, memastikan murid PPKI memiliki kesihatan minda yang positif serta membantu pelaksanaan intervensi bersesuaian.
Guru kaunseling, Cikgu Rodze telah mengisi slot program yang melibatkan para guru PPKI Tahun 5 dan 6 itu. Guru-guru PPKI diberi taklimat tentang tatacara pentadbiran Saringan Minda Sihat menggunakan instrumen yang disediakan serta berdasarkan jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh KPM.