Pasukan merentas desa CaptCola telah berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2023 bagi Kategori Sekolah Rendah yang telah berlangsung pada 29 Julai lalu.
Tambah menarik, pasukan perempuan juga telah dinobatkan Johan Kategori Perempuan U12 manakala pasukan lelaki pula meraih Naib Johan.
Sementara itu, dua orang wakil CaptCola, adik Solehah dan adik Zubaidah terpilih untuk mewakili negeri Perlis ke Kejohanan Merentas Desa MSSM yang akan berlangsung di Kelantan nanti.