Hari pertama sesi persekolahan 2023/2024 berjalan dengan lancar meskipun terdapat sedikit perubahan dari segi pelaksanaan aktiviti di sekolah.
Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semua murid SK Kuala Perlis tidak mengikuti sesi PdPC seperti kebiasaannya, sebaliknya melaksanakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang telah ditentukan mengikut tahap.