Subscribe Now
Trending News

Blog Post

SKKPs UNGGULI OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERLIS
Berita

SKKPs UNGGULI OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERLIS 

Kontinjen Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis sekali lagi menggungguli Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Perlis 2022 yang telah berlangsung di Stadium Mini SMK Syed Hassan, Kangar pada 8, 9 dan 10 Ogos yang lalu.

Pasukan ini dinobatkan selaku juara keseluruhan edisi 2022 dengan pencapaian 5 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Pingat emas diraih oleh Muhammad Afiq Asyraaf bin Usop (Lompat Jauh (L) B12), Siti Nur Shahira binti Romat (Lontar Peluru (P) B12), kuartet 4x100m (L) B12, kuartet 4x100m (P) B12 serta kuartet 4x100m (campuran) B12.

Turut beraksi cemerlang, tiga atlet yang memperolehi pingat perak iaitu Muhammad Afiq Asyraaf bin Usop bagi acara 100m (L) B12 dan Adam Rayyan bin Mohd Nor Zaki (Lontar Peluru) sementara pingat gangsa tunggal disumbangkan oleh Muhammad Iman Hafiz b. Mohd Nasrul bagi acara 50m Pra Sekolah (L).

Dalam pada itu, Muhammad Afiq Asyraaf bin Usop pula turut dinobatkan selaku Olahragawan B12 SR dan Atlet Terbaik (L) B12 SR.

Related posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WordPress Theme built by Shufflehound. Portal Rasmi SK Kuala Perlis © Copyright 2022, All Rights Reserved