Mesyuarat guru kali pertama bagi sesi persekolahan 2022/23 telah diadakan pada hari Khamis, 17 Mac 2022, bertempat di Bilik Mesyuarat Sidang Budiman.
Mesyuarat dihadiri semua guru dan dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Zulkarnin Mat Nayan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pelaksanaan Catch-Up Plan (CUP) selama empat minggu, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan persediaan pembukaan sekolah.
Sementara itu, Guru Besar, Cikgu Suzaide Mat Noh pula memperincikan pelaksanaan PBD serta tumpuan kepada murid-murid yang memperolehi TP1 hingga TP3 ke arah memastikan murid-murid SK Kuala Perlis mampu menguasai kemahiran membaca dengan baik.


Related posts
Info PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Perlis Kali Ke-45 diadakan secara atas talian dan boleh ditonton secara langsung menerusi Saluran Youtube Colarian Channel.
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan Kuala Perlis kali ke-45 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :
PENATARAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH KEPADA IBUBAPA PRASEKOLAH
SK Kuala Perlis telah mengadakan Penataran Pembukaan Prasekolah kepada ibubapa murid prasekolah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 29 Julai 2020.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2020
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan mingguan yang berlangsung hari ini.