Panel Petukaran dan Penempatan Guru Jabatan Pendidikan Perlis yang dianggotai oleh 7 orang anggota tetap ( 4 orang Timbalan Pengarah, KPP SPI dan KPP SSM) telah bersidang pada 30 April 2021 dan membuat keputusan serta ketetapan seperti berikut :
1.
Syagul Yuhanis Mohd Yusuf, PK HEM SK Kuala Perlis, dilantik sebagai GURU BESAR SK Santan
2.
Salwati binti Mokhtar, PK HEM SK Simpang Empat, ditukar setara sebagai PK HEM SK Kuala Perlis.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Syagul kerana dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar SK Santan, yang telah banyak menyumbang jasa ke arah pembangunan sekolah serta kemajuan murid SK Kuala Perlis.
Pihak sekolah juga ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Salwati yang akan menggantikan tempat Cikgu Syagul selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Kuala Perlis berkuatkuasa 17 Mei 2021.
Related posts
Info PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Perlis Kali Ke-45 diadakan secara atas talian dan boleh ditonton secara langsung menerusi Saluran Youtube Colarian Channel.
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan Kuala Perlis kali ke-45 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :
PENATARAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH KEPADA IBUBAPA PRASEKOLAH
SK Kuala Perlis telah mengadakan Penataran Pembukaan Prasekolah kepada ibubapa murid prasekolah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 29 Julai 2020.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2020
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan mingguan yang berlangsung hari ini.