0

Tindakan Bersama Cegah Penularan Covid-19

Share

Berikutan kes covid-19 makin menular dan agak membimbangkan satu taklimat khas telah diadakan oleh pihak JPN kepada semua sekolah di negeri Perlis. Hasil daripada taklimat tersebut, beberapa langkah telah ditetapkan untuk diambil tindakan oleh semua pihak (sekolah, ibu bapa, murid) bagi mencegah penularan Covid-19 di sekolah:

Senarai Tindakan

01

Pematuhan kepada SOP Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini dalam semua aspek pengurusan dan perjalanan sekolah.

02

Pematuhan (wajib) kepada pemakaian pelitup muka oleh guru dan murid serta semua warga sekolah.

03

Mematuhi SOP kehadiran dan penyuraian murid termasuk ketika kelas KAFA.

04

Orang luar (bukan warga sekolah) tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

05

Murid yang merentas negeri perlulah menjalani proses kuarantin selama seminggu.

06

Borang deklerasi kesihatan perlu di isi oleh semua pelawat/orang luar yang perlu berurusan dengan pihak sekolah termasuk pekerja kebersihan, pengawal keselamatan, pekerja dan pengusaha kantin, pekerja dewan makan dan pihak yang terlibat dengan pembaikan/penyelenggaraan dan sebagainya. Borang ini juga perlu diisi oleh guru-guru yang mendapatkan kebenaran merentas negeri apabila hadir ke sekolah.

07

Semua warga sekolah perlu membuat permohonan merentas negeri (jika berkenaan) daripada JPN Perlis melalui borang yg telah dikongsikan sebelum ini. Mana-mana warga sekolah yang merentas negeri mestilah memaklumkan kepada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) apabila pulang dari merentas negeri. Hanya PKD akan menentukan pegawai tersebut perlu kuarantin atau sebagainya.

08

Sebarang bentuk perhimpunan yang melibatkan murid adalah tidak dibenarkan.

09

SOP pengurusan waktu rehat diberi penekanan. Kantin sekolah hanya beroperasi untuk jualan  secara bungkus sahaja dan sebarang aktiviti pembelian murid di kantin tidak dibenarkan. Pembelian hanyalah melalui pesanan sahaja.

10

SOP pengurusan waktu rehat diberi penekanan. Kantin sekolah hanya beroperasi untuk jualan  secara bungkus sahaja dan sebarang aktiviti pembelian murid di kantin tidak dibenarkan. Pembelian hanyalah melalui pesanan sahaja.

11

Pihak berkuasa berhak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa.

Dengan adanya hebahan ini, pihak sekolah berharap agar semua pihak dapat sama-sama mematuhinya agar SK Kuala Perlis bebas daripada wabak Covid-19.