SKKPs Catat Sejarah, Jadi Venue Program KPM

SK Kuala Perlis sekali lagi mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila dipilih menjadi venue untuk Majlis Penyerahan Hadiah Mahrajan Adab dan Nilai Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020 yang berlangsung pagi ini.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam JPN Perlis itu diadakan secara maya di Studio PdPC dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Putrajaya Ustazah Noriah Haron dan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Naharudeen Othman serta para pegawai daripada KPM dan JPN Perlis.

Acara penyerahan hadiah disempurnakan sendiri oleh Ustazah Noriah kepada wakil sekolah dari negeri ini yang telah memenangi acara-acara yang dipertandingkan dalam program mahrajan tersebut.

Ustazah Noriah Haron, merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.

Sejurus tamat acara penyerahan hadiah, beliau turut meluangkan masa merasmikan bilik Markaz Darul Ilmi di bawah seliaan Panitia Bahasa Arab SKKPs. Bilik berkenaan akan menjadi pusat aktiviti bersifat ‘fun-learning’ yang dilengkapi dengan kemudahan mini pentas serta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang pelbagai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.