Pembukaan Penuh Sekolah Berjalan Lancar

Pembukaan Penuh Sekolah Berjalan Lancar

Proses pengurusan murid pada hari pertama pembukaan sepenuhnya sekolah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Berbeza dengan minggu sebelumnya, bermula minggu ini, semua murid tahun 3 hingga 6 telah dibenarkan hadir ke sekolah bagi mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.

Seawal jam 7 pagi, guru-guru bertugas kelihatan berada di lokasi bertugas masing-masing bagi memantau serta menguruskan kemasukan murid manakala murid-murid yang hadir pula mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti memakai penutup hidung dan mulut, mengambil bacaan suhu serta menggunakan ‘hand sanitizer’ sebelum dibenarkan masuk ke kelas masing-masing.

Selain itu, ibu bapa serta waris yang memasuki kawasan sekolah untuk menurunkan murid-murid juga dilihat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan antaranya memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan laluan yang telah ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.