Majlis Serahan Bantuan Awal Persekolahan 2021

Majlis Serahan Bantuan Awal Persekolahan 2021

Majlis penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2021 telah diadakan pada 22 Februari 2021, bertempat di Dewan Cikgu Bahatin, SK Kuala Perlis.

Majlis berkenaan dibuat secara dua sesi iaitu tahap 1 yang berlangsung pada jam 10.00 pagi dan tahap 2 pada 11.00 pagi.

Untuk makluman, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.