KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.
Menurut satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
“Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,” kata kenyataan berkenaan.

Bagi tujuan pengoperasian sekolah pula, kenyataan itu menyebut, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021.
Related posts
Info PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Perlis Kali Ke-45 diadakan secara atas talian dan boleh ditonton secara langsung menerusi Saluran Youtube Colarian Channel.
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan Kuala Perlis kali ke-45 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :
PENATARAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH KEPADA IBUBAPA PRASEKOLAH
SK Kuala Perlis telah mengadakan Penataran Pembukaan Prasekolah kepada ibubapa murid prasekolah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 29 Julai 2020.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2020
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan mingguan yang berlangsung hari ini.