Untuk makluman semua murid dan waris, pihak sekolah telah menyediakan jadual pembelajaran dari rumah untuk diikuti oleh murid selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya proses pengajaran dan pembelajaran tetap berlaku secara optimum dari rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Sehubungan dengan itu, jadual berkenaan dilampirkan menerusi portal ini untuk dimuat turun oleh murid/waris. Pihak sekolah juga memohon kerjasama semua waris agar dapat memastikan para murid dapat mematuhi jadual yang telah disediakan.
Pihak sekolah juga akan menyediakan modul bercetak bagi memastikan proses pembelajaran dari rumah dapat berjalan dengan lebih berkesan.
Harap maklum dan terima kasih.
Related posts
Info PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Perlis Kali Ke-45 diadakan secara atas talian dan boleh ditonton secara langsung menerusi Saluran Youtube Colarian Channel.
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan Kuala Perlis kali ke-45 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :
PENATARAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH KEPADA IBUBAPA PRASEKOLAH
SK Kuala Perlis telah mengadakan Penataran Pembukaan Prasekolah kepada ibubapa murid prasekolah bertempat di Dewan Cikgu Bahatin pada 29 Julai 2020.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2020
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan mingguan yang berlangsung hari ini.