A

dalah diingatkan kepada semua murid tahun 1 hingga 4 yang akan memulakan sesi persekolahan esok serta ibu bapa/waris yang berkenaan supaya mematuhi tatacara hadir ke sekolah seperti yang terkandung dalam video di bawah.

 

TATACARA HADIR KE SEKOLAH:

  1. Ibu bapa diminta mematuhi SOP yang ditetapkan seperti dalam video.
  2. Ibu bapa diminta menghantar anak ke sekolah SEBELUM pukul 7.40 pagi.
  3. Ibu bapa digalakkan menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak. Murid-murid diwajibkan membawa sudu sendiri. Murid makan di kelas masing-masing pada waktu rehat.
  4. Ibu bapa murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) diminta mengambil anak bermula 12.40 tengah hari.
  5. Ibu bapa murid tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) boleh mengambil anak bermula 1.10 tengah hari.
  6. Murid-murid digalakkan memakai pelitup muka.

Nota Tambahan:

  1. Murid yang mempunyai imuniti rendah dan mudah terkena penyakit adalah DIWAJIBKAN mamakai pelitup muka.
  2. Hanya murid yang betul-betul sihat sahaja yang DIBOLEHKAN hadir ke sekolah.