S

etelah lebih tiga bulan belajar di rumah secara atas talian, hari ini murid-murid tahun 5 dan 6 telah kembali mengikuti sesi PdPC secara bersemuka di sekolah.

Kedatangan mereka telah disambut oleh para guru di hadapan Dewan Cikgu Bahatin, bacaan suhu diambil serta kehadiran direkodkan, selaras dengan SOP Pembukaan Semula Sekolah yang telah ditetapkan oleh KPM.

Selain itu, para murid turut diingatkan agar sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, mencuci tangan menggunakan sabun serta ‘hand sanitizer’ yang disediakan serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan dalam mencegah penularan Covid-19. 

 

 

Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar yang dibenarkan untuk kembali ke sekolah. Bagi para pelajar tahun 1 hingga 4, mereka dijadualkan mula meneruskan sesi persekolahan pada minggu hadapan (22 Julai 2020).