T

aklimat Kemasukan Semula Ke Asrama SK Kuala Perlis kepada para ibu bapa dan waris murid telah diadakan pada 9 Julai 2020, bertempat di Dewan Cikgu Bahatin.

Seramai 30 orang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Mohd. Sukri Abd. Karim.

Antara perkara yang disentuh termasuklah tarikh pembukaan semula asrama serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi murid.

Selain itu, sesi perbincangan turut diadakan pada akhir sesi taklimat bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada ibu bapa berhubung pembukaan semula asrama.