S

ekolah Kebangsaan Kuala Perlis kini sudah bersiap sedia menerima kemasukan para pelajarnya menjelang pembukaan semula sesi persekolahan secara sepenuhnya yang akan bermula pada 15 Julai ini.

Pengumuman berkenaan pembukaan semula sekolah telah dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Senator Dr. Radzi Jidin menerusi satu sidang media khas semalam.

Bagi sekolah rendah, murid tahun 5 dan 6 akan mula hadir ke sekolah pada 15 Julai 2020 manakala murid tahun 1 hingga 4 pula akan menyambung semula sesi persekolahan mereka pada 22 Julai 2020.

Selain itu, KPM turut menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang boleh dimuat turun di laman sesawang KPM.

 

TEKS UCAPAN “PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH”