M

ajlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan menimbang bola telah diadakan secara ringkas bertempat di perkarangan kantin sekolah pada Selasa, 9 Jun 2020.

Hadiah telah disampaikan sendiri oleh guru besar, En. Suzaide Mat Noh kepada para pemenang dengan mengambil kira aspek penjarakan sosial dan SOP yang telah ditetapkan (kehadiran murid direkod, suhu badan diambil dan penggunaan ‘hand sanitizer’.

Pertandingan menimbang bola ini telah diadakan pada 28 April yang lepas oleh Panitia PJK ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang berkuatkuasa sebagai salah satu aktiviti pembelajaran murid dari rumah.