S

elama dua hari berturut-turut, guru-guru SK Kuala Perlis telah melaksanakan mesyuarat ketua-ketua panitia dan mesyuarat panitia menerusi aplikasi Google Meet bermula 4 Jun yang lalu.

Pelaksanaan mesyuarat secara atas talian ini adalah sejajar dengan syor daripada KPM sendiri dalam membudayakan aktiviti perbincangan serta PdPC secara atas talian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Proses dokumentasi turut diadakan sebagai eviden pelaksanaan mesyuarat-mesyuarat tersebut.