K

elab Doktor Muda SK Kuala Perlis menganjurkan Program Pergigian dan Kesihatan bertempat di Dewan Terbuka SKKPs.

Program selama dua hari itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pergigian, Klinik Kesihatan Kuala Perlis.

Pelbagai program melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2 diadakan, antaranya Ceramah Pergigian, Slot Mencuci Tangan, kuiz, pameran dan Permainan Pergigian.

Menurut Cikgu Sutina, Guru Penyelaras Kelab Doktor Muda SKKPs, tujuan program diadakan adalah bagi memupuk kesedaran dalam kalangan para pelajar untuk menjaga kesihatan, khususnya kesihatan gigi.

“Adalah diharapkan selepas ini, para pelajar akan dapat memelihara kesihatan gigi dan diri mereka dengan cara yang betul seperti yang telah didedahkan kepada mereka sepanjang dua hari program ini berlangsung,” katanya.