S

ekali lagi, SK Kuala Perlis membuktikan bahawa mereka terlalu sukar digugat apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKP Kuala Perlis yang telah berlangsung pada 17 dan 18 Februari lalu.

Dalam kejohanan yang diadakan di Stadium SMK Syed Hassan itu, kontinjen SKKPs telah berjaya meraih 6 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekatnya SK Padang Besar Selatan di tempat kedua dengan pungutan pingat 3 emas dan 5 perak. 

Seperti yang dijangka juga, pasukan kuartet 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter muncul penyumbang emas terbanyak iaitu sebanyak 3 daripada 4 pingat emas yang dipertandingkan. 

KUTIPAN PINGAT

PINGAT EMAS

PINGAT PERAK

PINGAT GANGSA

JUMLAH PINGAT