S

atu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan seorang bekas murid SK Kuala Perlis yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam.

Norshareena bt. Kemaruzaman dari Taman Wai Permai, telah mencatat keputusan 4A 1B 1C dalam UPSR yang lepas yang melayakkannya untuk memasuki SBPI berkenaan.

 

Pada majlis tersebut, pihak sekolah telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada Norshareena hasil kutipan daripada warga sekolah. Sumbangan tersebut adalah bagi membantu menampung yuran pengajian beliau.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKPs, En. Suzaide Mat Noh.

Kepada Norshareena, selamat maju jaya kami ucapkan. Doa kami sentiasa bersamamu.