M

ajlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Perlis telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan mingguan yang berlangsung hari ini.

Penyerahan watikah lantikan pengawas telah dibuat oleh Guru Besar, En. Suzaide Mat Noh.

Selain penyerahan watikah, turut diadakan adalah pemakaian tanda nama kepada ketua dan penolong ketua murid serta lafaz ikrar pengawas.