P

ada 18 Januari yang lalu, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas Fasa 1/2020 bertempat di Dewan Terbuka SK Kuala Perlis. 

Seramai 60 orang pengawas, terdiri daripada 55 orang pengawas sekolah (arus perdana) dan 5 orang pengawas PPKI telah menyertai program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari itu. 

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi taklimat tugasan harian dan mingguan, slot kerohanian (Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat berjemaah), tazkirah dan raptai Watikah Perlantikan Pengawas 2020